Kawan Lama
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.Subscribe RSS feed untuk info terkini dari Syawal Online.
Assalaamu`alaikum wb t
Hirang Paruna. Inilah salah seorang kawan lama. Bulan Ramadhan adalah kegembiraan baginya. Bukan apa, sebab boleh makan macam-macam tok nenek kat pasar ramadhan. Sebab tu la dia seronok bila masuk bulan posa ni. Kumar, hang ingat ke sapa johan badminton KELAB PETANDA dulu?
Syawal
Sphere: Related ContentIPOH ke Lenggong
Assalaamu`alaikum wb t
Kalau tiada aral, InsyaALLAH esok nak balik Lenggong. Kerap jugak aku balik Lenggong. Dok kat kampung ni, lain sikit suasananya. Ipoh pun tak lah sibuk sangat. Banyak traffic light je. Itu yang jemu. Beza dengan Lenggong. Boleh tengok bukit, tasek, sungai, pokok asam, gajah dan macam-macam lagi. Pagi di kampung, tak sama dengan pagi di Ipoh ni.

Kalau sebelum highway siap, orang yang nak balik Kelantan pasti kena lalu pekan Lenggong. Sekarang tidak lagi. Dari Ipoh ke Lenggong, lebih kurang 45 minint perjalanan kalau bawa tak berapa perlahan.
Ada muzium Lenggong, Lata Kekabu, Tasek Raban, Gua-gua… boleh melawat. Ikan pekasam pun banyak dan salah satu produk orang kampung. Dulu pernah ada ladang teh, tapi dah tutup. Memang seronok Lenggong ni. Dulu, orang takut nak ke Lenggong. Macam-macam cerita ada. Sekarang dah tak serupa dulu. Dunia dah berubah.
Syawal
Sphere: Related ContentTerima Kasih Afzai

Assalaamu`alaikum wb t
Inilah kek untuk isteri kesayangan. Beli kat AfzaiAfandi.Com. Terima kasih banyak-banyak kerana terpaksa susah payah terima tempahan last minit ni. Rupanya dah ada blog cerita pasal kek yang macam-macam rupa bentuk.
TAHNIAH AfzaiAfandi….!!!
Antara kek yang ada dijual oleh AfzaiAfandi dot Com.



Spam, Blog, Splog
Assalaamu`alaikum wb t
Spam + Blog = SPLOG. Baru dapat tahu benda ni dalam 2 minggu sudah. Ingatkan email je yang ada spam, blog pun ada juga. Peti surat rumah aku pun dapat juga surat yang entah apa-apa. Kalau setakat iklan / promosi kat tesco ke, Giant ke, Jusco ke, kedai spec mata ke, biasa la… tapi ada juga surat melalui pos yang masuk ke peti surat aku yang jenis kutip derma secara MLM. Maksud aku surat / flyers yang biasa kita jumpa di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang boleh depa letakkan.
SMS pun ada yang seumpama SPAM ni. Termasuk panggilan telefon. Rasanya semua orang ada mengalaminya. Matlamat semua ini dilakukan, yang nampak jelas ialah DUIT punya pasal. Sebab tu sanggup buat macam-macam.
Aku tak terdedah sangat dengan benda ni, maka banyak yang tak tahu. Kalau salah, boleh lah diperbetulkan.
Splog biasanya guna artikel yg dicopy & paste. Kadang tu artikel asli. Spam dalam blog pula macam yang aku buat ni kot, pergi ke blog orang, buat komen sikit, lepas tu taruk link ke blog aku ni. Matlamat dua cara ni ialah nak panggil orang ramai agar datang ke blog kita agar traffic kita naik. Lebih kurang macam ni la yang aku faham pasal SPLOG dan SPAM ni.
Syawal
Sphere: Related ContentSelamat Hari Lahir Isteriku…
buy nintendo wii console online
Syawal
p/s: Bahasa Zulu (South Africa) dan Punjabi (India)
Sphere: Related ContentKerajaan Yang Ditunggu-tunggu

Oleh : Zulkifli Yahaya di DetikDaily.Net
Seratus hari adalah jarak perhitungan ukuran manusia, tentang berjaya atau gagalnya sebuah teraju pemerintahan baru bagi fasa pertama pentadbirannya. Jika ia gagal, maka pemerintahan baru tersebut diandaikan akan gagal selamanya. Jika tidak gagal pula, maka harapan tentang pentadbirannya bagi fasa berikutnya yang lebih panjang, tidaklah gelap.
Ukuran kejayaan pula diukur dengan apa perubahan yang dibuat, diketahui dan dirasai oleh rakyat.
Dato’ Seri Idris Jusoh mengambil alih pentadbiran dari kerajaan PAS pada tahun 2004, memulakan pentadbiran baru dengan memasang lampu yang banyak bagi mencerahkan bandar Kuala Terengganu. Dia nampak hebat dan melakukan perubahan yang sangat besar, walaupun kerjanya kecil saja. (more…)
Sphere: Related Content




